Sunday, April 1, 2012

Khasiat Daun Lidah Buaya,Daun Sireh,Santan dan Bunga Raya

Untuk mendapatkan rambut yang hitam,lebat,berkilat dan lurus,anda boleh mencuba petua yang akan kami kemukakan..
1) Ambil 9 ulas bawang merah,9 helai daun sireh,1 sudu minyak masak dan semangkuk air asam jawa kemudian kisar semua bahan tadi..Lumurkan ke seluruh rambut anda sebelum tidur.Amalkan seminggu sekali dan anda akan dapat lihat hasilnya..
2) Perahkan sebiji santan kelapa dan campurkan dengan sebiji limau nipis (diambil jus dan bijinya dibuang).
    Simpan di dalam peti sejuk sehingga timbul di permukaannya seperti krim..
    Ambil pati tersebut dan lumurkan di kulit kepal dan rambut anda. Tutup dengan menggunakan tuala panas
    selama sejam..Lakukan selama sejam dan diamalkan 3kali seminggu..Anda akan dapati rambut keriting
    akan lebih lurus sedikit demi sedikit..


3) Bunga raya yang diramas jika dicampurkan dengan sedikit santan kelapa boleh menjadi perapi rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat dan berkilat.. Daun lidah buaya pula digunakan sebagai agen penyejuk kulit kepala dan boleh menjadikan rambut anda lebih lembut..Caranya dengan meyapu lendir daun lidah buaya tersebut ke kulit kepal dan bilas seperti biasa..

..SELAMAT MENCUBA SEMUA..

Melebatkan Rambut serta Kening..

Caranya dengan ambil beberapa bahagian batang pucuk paku dan ramas sehingga lendirnya keluar..
Sapukan pada kening atau rambut anda kemudian bilas seperti biasa..
Amalkan dua atau tiga kali seminggu dan anda akan dapat melihat hasilnya..
..SELAMAT MENCUBA..

Petua untuk menyuburkan,melembap dan merapi rambut

Untuk mendapatkan rambut yang subur dan cantik,sapukan tairu atau dikenali sebagai susu masam oleh kaum india pada rambut yang lembap dan biarkan selama setengah jam..
Untuk mengilatkan rambut pula,selepas bersyampu bilaslah rambut dengan air perahan limau nipis atau limau kasturi.Urut kulit kepala anda dengan lembut dan bilaslah seperti biasa..